September 4, 2024

HARI TERBUKA MASJID ITM 2024 SAMBUT KEHADIRAN MASYARAKAT DENGAN AKTIVITI MESRA KELUARGA, TEROKA SENI BINA DAN TRADISI

PUTRAJAYA, 4 SEPTEMBER 2024 – Islamic Tourism Month 2024 (ITM 2024) dimeriahkan dengan Hari Terbuka Masjid yang akan menemui masyarakat di lokasi terpilih seluruh negara, dengan menonjolkan keistimewaan dan keunikan tradisi masjid-masjid di Malaysia.

Acara ini menjemput para pengunjung pelbagai kaum untuk menyelami dunia seni bina masjid Malaysia sekaligus mengimbau warisan dan karya seni yang membentuk mercu tanda kerohanian pelbagai kaum negara ini.

Bermula pada 6 hingga 29 September ini, Hari Terbuka Masjid akan diadakan secara berperingkat di beberapa masjid ikonik terkemuka Malaysia, untuk membolehkan pengunjung dan orang awam menghargai reka bentuk unik, simbolisme budaya, dan kepentingan sejarah setiap masjid yang menjangkau ratusan tahun.

Jadual penuh Hari Terbuka Masjid sempena ITM 2024 adalah seperti berikut:

  • Masjid Sendayan, Negeri Sembilan | 6 September | 5 petang;
  • Masjid Ulul Albab, Terengganu | 7 September | 10 pagi  – 4 petang;
  • Masjid Putra, Putrajaya | 15 September | 10 pagi – 4 petang;
  • Masjid Sultan Idris Shah II, Perak | 19-21 September | 9 pagi – 9 malam;
  • Masjid Tengku Tengah Zahrah, Terengganu|21 September |7:30 pagi – 12.30 tgh;
  • Masjid Negara, Kuala Lumpur | 28 September | 9 pagi – 12.30 tgh;
  • Masjid Diraja Ala’eddin, Selangor | 28 September |7.30 pagi – 2 petang; dan
  • Masjid Negeri Pahang, Pahang | 29 September |9.00 pagi ke atas.

 

Pengunjung ke Hari Terbuka Masjid akan diraikan dengan pelbagai aktiviti termasuk Ceramah Perdana, pameran Jabatan-jabatan kerajaan, sukan rakyat, kempen derma darah dan lawatan berpandu yang akan menceritakan kisah di sebalik seni bina menakjubkan yang merentasi pelbagai negeri di Malaysia. Pelbagai pertandingan seperti pertandingan kompang dan seni khat juga dibuka kepada awam.

Berlangsung dari 16 Ogos hingga 30 September 2024, ITM 2024 menawarkan pelbagai acara sepanjang bulan dan tawaran pelancongan kepada orang ramai, pelancong, penggiat industri pelancongan, serta usahawan, memberikan pengalaman pelancongan Islam yang berharga dan unik di Malaysia.

Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan merasmikan pelancaran awal ITM 2024 pada 2 Ogos lalu, anjuran Islamic Tourism Centre (ITC) – sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) – bertujuan untuk merancakkan sektor pelancongan mesra Muslim dalam negara.

Pengunjung Hari Terbuka Masjid juga berpeluang memenangi hadiah bernilai RM50,000 dengan menyertai Cabaran TikTok ITM 2024 dengan berkongsi pengalaman meneroka ketakjuban warisan dan seni bina masjid-masjid di Malaysia. Maklumat lanjut sila layari www.itm.itc.gov.my.

 

TAMAT

Mengenai Islamic Tourism Centre (ITC)

ITC merupakan sebuah entiti di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang diberi mandat untuk membentuk segmen Pelancongan Islam untuk Malaysia. ITC mempromosikan Pelancongan Mesra Muslim (MFT) dengan menawarkan kajian pasaran, latihan dan khidmat rundingcara untuk pembangunan industri serta penarafan dan pertukaran maklumat mengenai perkhidmatan Pelancongan dan Hospitaliti Mesra Muslim.

Malaysia telah mendapat pengiktirafan sebagai negara utama dalam sektor MFTH di rantau ini oleh State of the Global Islamic Economy (SGIE) Report 2022. Malaysia turut mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi Mesra Muslim utama dalam Mastercard-CrescentRating Global Muslim Travel Index (GMTI) 2024, posisi yang dipertahankan sejak indeks tersebut dilancarkan pada tahun 2015. Pada masa sama, Malaysia turut diiktiraf sebagai Destinasi Utama Mesra Muslim (kategori negara OIC) 2024 dan Destinasi Utama Mesra Wanita Muslim di Anugerah Pelancongan Halal (Halal in Travel Awards) 2023.

Selain itu, ITC turut menerima Anugerah Strategic Business Alliance di Anugerah The BrandLaureate World Halal Best Brand E-Branding 2021. Pengiktirafan ini diberi untuk mengangkat usaha berterusan ITC dalam merekabentuk strategi baru untuk memenuhi keperluan norma baharu perniagaan dalam memastikan kesinambungan dan kemapanan industri dan kini mandat diberi untuk membina dan mengembangkan segmen pelancongan Islam di Malaysia.

Pengiktirafan ini menjadi motivasi kepada ITC untuk terus memperkukuhkan usaha mereka untuk menggerakkan dan menjadi institusi terulung di Malaysia dalam merancakkan sektor MFTH.

#ITM2024     #IslamicTourismMonth    #ExperienceITM2024    #DiscoverMFAR    #myITM2024       #ITMTikTokChallenge2024          #IslamicTourismCentre   #MuslimFriendlyMalaysia            #MalaysiaMesraMuslim               #KembaraPenuhYakin

 


Pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi wakil media kami:

Ayu Nordin : +6019 374 6798

Shamsul Bahrin : +6012 347 0245

Illya Asri : +6017 507 9608

Email : pr.pinkandgrey@gmail.com | comms@itc.gov.my


Ikuti ITC dan ITM di platform media sosial berikut: 

Laman sesawang : itm.itc.gov.my | itc.gov.my | mymuslimtrip.com 

Facebook : Islamic Tourism Month | Islamic Tourism Centre

Instagram : itm_itc | itc_my

TikTok : itc_my

Youtube : Islamic Tourism Centre

LinkedIn : Islamic Tourism Centre